Sesi cuti persekolahan semester satu 2012, Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah akan menghantar seramai 4 orang guru untuk mengikuti Kursus Pemantapan Kemahiran KRS MUSLEH. Kursus akan diadakan bermula 28 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012 (Isnin hingga Khamis). Kursus bertempat di Pusat Pendidikan Al-Islah, Sungai Petani, Kedah.


















Kem Tahsin Al-Qur'an akan diadakan di Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah pada cuti persekolahan ini. Pelajar-pelajar sekolah rendah (juga dibuka untuk pelajar luar) digalakkan untuk menyertai kem ini.

Surau Al-Amin,30 April – Satu program yang dinamakan 3S telah diadakan di Surau Al-Amin, Pusat Pendidikan As-Sa’idiyyah. Program ini adalah satu kempen Senyum, Sapa dan Salam anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah. Majlis pelancaran Kempen 3S ini telah dirasmikan oleh En. Abdul Halim bin Yusoff yang merupakan Ahli Lembaga Pengelola (ALP) SRI As-Sa’idiyyah.
















