Taman Rashidah Utama Jalan Paroi-Senawang
70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus MALAYSIA

Tel: 06 677 1197 | Faks : 06 6798661
Emel: admin@srias-saidiyyah.edu.my

Aluan Pengerusi


Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi kesyukuran kehadrat
Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat mewujudkan
website yang berbentuk interaktif dengan semua
pemegang taruh SRIAS
termasuk para guru,
staf,
ibubapa dan pelajar serta masyarakat amnya
diluar sana.
Alhamdulillah, kita telah bersetuju untuk mendukung falsafah pendidikan
Islam As
-
Saidiyyah iaitu membina generasi rabbani yang bertaqwa,
mempunyai iman
yang mantap, berakhlak mulia dan berilmu.
Saya lihat
guru
, staf
serta ibubapa dan pelajar sendiri komited terhadap mencapai
matlamat pendidikan yang dilahirkan daripada falsafah ini.
Mungkin juga
inilah yang mengikat kita semua untuk terus istiqamah dengan
pendidikan
Islam ini.
Ini satu asas yang baik. Sebenarnya, bukan mudah untuk menubuhkan
sekolah
swasta bermotifkan pendidikan Islam seperti SRIAS ini. Apatah lagi
untuk memastikan ia akan terus berkekalan dalam persada pendidikan
Negara. Oleh itu, ia amat
memerlukan bantuan dan sokongan dari semua
pemegang taruh serta masyarakat amnya.
Kepada para guru yang telah berkorban sepenuhnya untuk SRIAS, saya bagi
pihak Lembaga amat menyanjungi pengorbanan tersebut.
Saya berharap
para guru akan terus komited dan
berdedikasi demi melahirkan generasi
rabbani yang kita sama
-
sama impikan. Saya percaya amal kalian tidak
akan disia
-
siakan oleh Allah dan saya berdoa agar
Allah SWT memelihara
dan merahmati kalian semua dunia dan akhirat.
Kepada para pelajar SRIAS rebutla
h peluang yang telah diberi oleh ibubapa
kalian untuk menyediakan jiwa, mental dan fizikal agar ia dapat
menampung mutiara kata dan sentuhan kasih para guru. Agar
kalbu dan
diri kalian terdidik dengan iman dan akhlak yang mulia. Agar bibirmu
sentiasa basah
dengan zikrullah demi mengAgungkan Allah Rabbul Jalil.
Kepada ibubapa dan masyarakat amnya, a
da banyak bentuk sumbangan
yang boleh diberikan selain dari wang. Kepakaran, buah fikiran, tenaga
empat kerat
amat dialu
-
alukan untuk menambahbaik sistem yang sed
ia
ada. Saya sendiri amat bersyukur kehadrat Allah SWT dan berterima kasih
kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan dan sumbangan
kepada SRIAS selama ini. Saya amat berharap bahawa ianya akan
berterusan dan berkekalan. Allah SWT jualah yang dapat
memberi ganjaran
yang setimpal.
Akhir kalam, saya sekali lagi
mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas
limpah kurniaNya perkenankan website ini ditubuhkan. Juga, saya amat
mengalu
-
alukan sesiapa yang ingin membantu perjalanan sekolah ini.
Semoga Allah pe
rmudahkan segala urusan kita.
Prof. Madya Hj. Badlishah Sham Baharin,
Pengerusi,
Lembaga Pengelola SRIAS

CetakEmel

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com

Alamat Sekolah

SEKOLAH RENDAH ISLAM AS-SA'IDIYYAH

Taman Rashidah Utama Jalan Paroi-Senawang

70450 Seremban

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel: 06 677 1197  |  Faks : 06 679 8661

Emel: admin@srias-saidiyyah.edu.my

Lokasi Kami

Temui Kami Di Facebook