Taman Rashidah Utama Jalan Paroi-Senawang
70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus MALAYSIA

Tel: 06 677 1197 | Faks : 06 6798661
Emel: admin@srias-saidiyyah.edu.my

Berita

Makluman Sukan Tahunan

sukan 2014

Sukan Tahunan adalah salah satu program yang sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Melalui program inilah mereka boleh menunjukkan bakat mereka dan guru-guru diberi peranan untuk mengasah bakat yang telah sedia ada. Kokurikulum iaitu “kegiatan kumpulan ” menjadikan ia satu perancangan bagi pihak sekolah untuk mengadakan Sukan Tahunan SRIAS pada tahun 2014. Objektif sukan kali ini lebih penerapan kepada budaya kerja berpasukan. Kita menekankan aspek kekitaan dalam setiap acara yang dipertandingkan di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid. Ini sejajar dengan falsafah pendidikan untuk mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Adalah menjadi harapan agar sukan tahunan pada kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai misi, visi dan falsafah sekolah.

TENTATIF PROGRAM ( SUKAN TAHUNAN SRIAS )


7.15 pagi : Kehadiran guru,ibu bapa dan murid
7.40 pagi : Murid dan guru berkumpul
7.50 pagi : Ucapan aluan Pengerusi Majlis
8.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu IKRAM
Bacaan Doa oleh Ketua Perbarisan
8.10 pagi : Ucapan Guru Besar
8.20 pagi : Ucapan Pengerusi PIBG SRIAS
Penyampaian cenderamata
8.30 pagi : Ucapan Perasmian
Penyampaian cenderamata
8.45 pagi : Perarakan masuk ke rumah sukan
9.00 pagi : Acara Balapan PRA
Acara Balapan Tahap 1
Acara Balapan Tahap 2
10.15 pagi : Sukaneka PRA
: Sukaneka Tahap 1
: Sukaneka Tahap 2
11.30 tgh : Acara Ibu bapa
Bapa : Lari 100m ( 8 orang )
: Tarik Tali ( 20 orang )
Ibu : Pancing ikan ( 8 orang )
: Lari Kaki Tiga ( 8 orang )

12.00 tgh : Penyampaian Hadiah
1.00 tgh : Ucapan Penutup oleh Pengerusi Majlis
Gotong-Royong / Bersurai

Offers and bonuses by SkyBet at BettingY com

Alamat Sekolah

SEKOLAH RENDAH ISLAM AS-SA'IDIYYAH

Taman Rashidah Utama Jalan Paroi-Senawang

70450 Seremban

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel: 06 677 1197  |  Faks : 06 679 8661

Emel: admin@srias-saidiyyah.edu.my

Lokasi Kami

Temui Kami Di Facebook